Jawapan ringkas sebelum ibu memilih produk atau meneruskan pembayaran.
Program ini sesuai untuk ibu mengandung, ibu baru dan ibu yang mempunyai bayi kecil serta mahu memahami penyusuan, tangisan, tidur dan penjagaan bayi dengan lebih yakin.
Boleh. Malah, belajar sebelum bayi lahir membantu ibu lebih bersedia menghadapi hari-hari pertama selepas bersalin.
Ya. Ibu boleh memilih topik dan belajar mengikut fasa serta cabaran yang sedang dihadapi sekarang.
Kandungan merangkumi persediaan penyusuan, penyusuan newborn, tangisan dan tidur bayi, cabaran penyusuan, pumping serta rutin sebagai ibu menyusu. Kandungan tepat bergantung pada produk yang dipilih.
Kebanyakan video pembelajaran direka dalam bahagian ringkas sekitar empat hingga lima minit supaya mudah diikuti walaupun ibu sibuk dengan bayi.
Tidak. Ibu boleh belajar mengikut masa sendiri dan mengulang pelajaran yang diperlukan.
Produk yang berlabel Recording ialah pembelajaran kendiri. Jika kelas live atau konsultasi dibuka, tarikh, masa dan kaedah sesi akan dinyatakan dengan jelas pada penerangan produk.
Ya, sepanjang tempoh akses produk yang dipilih. Sila semak tempoh akses pada setiap kad produk sebelum membuat bayaran.
Selepas bayaran berjaya, pautan portal pelanggan dan resit akan dihantar ke e-mel pembelian. Video, PDF dan bonus yang telah diaktifkan boleh dibuka dari portal tersebut.
Tidak. Kursus ialah panduan pendidikan. Konsultasi individu atau penilaian profesional masih diperlukan jika ibu atau bayi mempunyai keadaan khusus, simptom membimbangkan atau memerlukan pemeriksaan.
Kandungan dipimpin oleh LC Ain, Kaunselor Penyusuan Bertauliah, Baby Cry Advisor dan HRDF Certified Trainer dengan hampir lima tahun pengalaman, lebih 600 ibu dibantu secara bersemuka dan lebih 5,000 peserta online.
Tiada satu solusi yang sesuai untuk semua ibu dan bayi. Kandungan Milkijoy memberi ilmu, rangka kerja dan panduan untuk membantu ibu membuat keputusan dengan lebih yakin, tetapi hasil bergantung pada situasi individu.