Sila semak polisi ini sebelum membeli produk digital atau kelas bertarikh.
Semua pembelian tidak boleh dipulangkan atau ditukar selepas akses diberikan. Sila pastikan produk yang dipilih betul sebelum membuat bayaran.
Jika akses tidak diterima selepas bayaran berjaya atau pautan tidak boleh digunakan, hubungi Milkijoy. Kami akan membantu menyelesaikan masalah atau memberi akses gantian jika berkenaan.
Laporkan bayaran berganda yang tidak disengajakan dalam tempoh tujuh hari bersama bukti bayaran dan maklumat pesanan. Refund transaksi berganda boleh dipertimbangkan selepas semakan.
Pembatalan peserta selepas pendaftaran disahkan tidak layak untuk refund. Rakaman boleh diberi jika tersedia. Jika Milkijoy membatalkan atau menangguhkan kelas, tarikh gantian atau refund akan ditawarkan mengikut keadaan.
Kes khas dipertimbangkan secara individu. Laporkan isu bayaran atau akses melalui saluran rasmi dalam tempoh tujuh hari.