Ain membantu ibu memahami penyusuan dan cabaran awal bersama bayi melalui ilmu yang mudah, praktikal dan dekat dengan kehidupan sebenar—tanpa menghakimi perjalanan setiap keluarga.
“Ilmu yang baik bukan sekadar untuk diketahui, tetapi membantu ibu rasa lebih yakin.”
Hampir 5 tahunPengalaman pendidikan penyusuan dan ibu bapa
600+Ibu dibantu secara bersemuka
5,000+Peserta kelas secara dalam talian
Home Visit & konsultasi
Perlukan Bantuan Yang Lebih Peribadi?
Ceritakan situasi ibu. Pasukan Milkijoy akan menyemak permohonan dan menghubungi ibu untuk mengatur langkah seterusnya.
Tiada bayaran sekarang
Tarikh diatur kemudian
Susulan peribadi
Program ini sesuai untuk ibu mengandung, ibu baru dan ibu yang mempunyai bayi kecil serta mahu memahami penyusuan, tangisan, tidur dan penjagaan bayi dengan lebih yakin.
Saya masih mengandung. Boleh sertai?
Boleh. Malah, belajar sebelum bayi lahir membantu ibu lebih bersedia menghadapi hari-hari pertama selepas bersalin.
Kalau bayi saya sudah lahir, masih sesuai?
Ya. Ibu boleh memilih topik dan belajar mengikut fasa serta cabaran yang sedang dihadapi sekarang.
Apa yang akan saya pelajari?
Kandungan merangkumi persediaan penyusuan, penyusuan newborn, tangisan dan tidur bayi, cabaran penyusuan, pumping serta rutin sebagai ibu menyusu. Kandungan tepat bergantung pada produk yang dipilih.
Berapa lama setiap video?
Kebanyakan video pembelajaran direka dalam bahagian ringkas sekitar empat hingga lima minit supaya mudah diikuti walaupun ibu sibuk dengan bayi.
Perlu habiskan semua video sekaligus?
Tidak. Ibu boleh belajar mengikut masa sendiri dan mengulang pelajaran yang diperlukan.